Tuesday, September 4, 2012

Raya 2012

Ahaks..baru nak uplod huhuh.. Tu pun sekadar syarat jek..punyalah hormon menyendiri dari dunia blog dan fb..smp skrg masih liat nak bukak pc utk online!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 14, 2012

Sokong Bantah Seksyen 114A



Pernahkah anda dengar mengenai Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950?


Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.


Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.
Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Akta yang baru dipinda ini sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat daripada mengemukakan pendapat mereka di internet. Hal ini juga mengancam kebebasan berinternet di negara kita.
Kebebasan bersuara serta kebolehan menyatakan pendapat merupakan tunjang sebuah demokrasi yang berfungsi dan berinovasi.

Seksyen 114a Akta Keterangan ini jelas bercanggah dengan konsep hak asasi manusia dan aspirasi ekonomi negara berasaskan ilmu.
Jika anda fikir pindaan terbaru terhadap akta ini perlu dihapuskan, marilah bersama kita mendesak Kerajaan supaya menarik semula pindaan tersebut. Sertai Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012!

credit to : http://stop114a.wordpress.com/2012/08/10/jom-bantah-seksyen-114a-3/

p/s: this is ridiculous! dah makin pelik-pelik akta dibuat smp menidakkan keadilan dalam bersuara. harap-harap ramai yg sokong utk membantah benda pelik ni dari dikuatkuasa.



Handsome boy

Hafiy Danni tgh buat apa tu? Tetiba rajin pulak anak mummy ni. Saje amik pic ni sbb tu last day berambut panjang hehe. Skrg lagi hensem kotttt!! rambut raya la katakan. Tunggu lepas raya nnt nak tepek jugak. Pakej ngan adik nye sekali.
Lusa kami akan fly back balik kampung.. Giler excited. Skrg kat opis pun terasa di awangan..bkn buat keje pun. Rasanya akan termalap jap blog ni mungkin akan ada post baru 2 minggu dari skrg??? Hehe lama nye cuti. Di kesempatan yg ada ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 kpd semua. Nampak gayanya raya tahun ni berat masih di angka 8. Huhu. Xpela, xdpt nak posing sakan la berat 8 lagi tu.kikiki. Posing anak-anak je la.. :))))))
Salam Aidilfitri maap zahir batin ye kalau ade...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 10, 2012

Baju raya the kids dah setel

Nak cerita psl baju raya anak-anak tahun ni.budget terlebih sudah..tahu-tahu setelah dikumpul-kumpul jd banyak plak baju. Allocation RM500 ni nampak gayanya dah melebihi bajet. Dah dikumpul,baru mengira kos.huhu.xpela,mak tak kisah.baju mak sehelai je xpe yg penting anak-anak. Last year tak terasa sgt sbb anak 1 je hehe. Kali ni dpt girl, mmg pantang nampak. Terus rs nak beli je baju-baju girl kat kedai tu.
Ni hasil menuai sejak sebulan dua yg lalu. I bukan jenis sekali shopping berabis seratus dua ratus beli baju yeee.. Ni sekali pergi mall sambar 1 atau 2 helai je. Antara tempat menuai adalah seperti Jusco, jgn cakap,mcm-mcm branch pergi,fav.kat Au2,Equin,Alpha Angle,Cheras Selatan.tu kalau Jusco la. Selain tu tempat selalu menuai paling dekat tempat kerja, mana lg kalau tak Parkson Alamanda. Ade jugak sambar Sweater both kids kat Parkson KLfestivalCity. Cun giler sweater brand Disney tu,harga mengalahkan baju mummy dia. Lebih RM50 selai,biasalah brand Disney ni mmg cekik darah skit. Xpelah,boleh pakai lama.beli sbb raya nak naik airplane,bebudak ni mesti sejuk kat atas nnt. Selain brand Disney,ada Anakku,Cuddles,Garfield,Pumpkin Patch,Pigeon dan Carters. Utk si abang, sempat sambar jeans Disney selai. Adik xpela, xyah jeans dulu ye..tahun depan ok. Seronok shopping barang anak-anak tak sama ngan shopping barang sendiri. Biasanya kalau term shopping barang sendiri tu kita dah plan, cthnya this time nak pergi beli shoes or handbag. Then beli. Tapi, kalau bab anak, semuanya terjadi spontanious. Jenjalan area baby and kids, nampak ade sale,baju cantik-cantik,terus beli.bukan nye ingat dah beli brape helai.tu lah nasib baik ni dah tutup buku. Close bab shopping. Kalau tak close, esok jalan lagi,beli lagi...aduhh..tak boleh jadi ni. Yg penting,kesimpulannye cukupla sebanyak ni baju raya utk anak-anak. Hubby dah sindir dah,kalau bagi beli lagi mmg kena tambah almari... Ye ye ye...mcm ni la perasaan bila dah ada anak. kalau boleh nak almari besar lagi,senang susun.. Nak je jawab camtu..huhu.tp dlm hati je la..
Dah selesai baju anak, so nak packing plak. Yay! Dah terasa bahangnya nak balik kampung beraya. Esok misi baju raya mummy nye pulak.. :D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 4, 2012

Bread puding oreo sempoi

Projek sepetang. Hari ni plan xnak ke bazar, so utk desert, saya projek buat puding roti oreo+kismis saki baki yg ada dlm peti sejuk. Senang je bahan nye, roti gardenia 5-6 pc, susu Ideal 1 tin,dipukul berasingan gula 2-3 sudu,telor 2 biji dan mentega or butter. Utk kesukaan,letak la oreo or kismis atau ape saje yg ada dlm peti sejuk tu. Make sure benda manis jgn pulak letak ayam daging.lain plak jadinya..preheat 180c dlm 10min then bakar je dlm 25min tgk dulang saiz ape.main blasah je kebetulan bahan cukup.si abg kata sedap,maknanya menjadi la tu..nyum!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 3, 2012

Bazli oh Bazli

Sejak Dejavu Di Kinabalu ni saya dah terminat pulak kat pelakon sorang ni..Nazim Othman. tak best pulak sebut nama sebenar. Nak jugak sebut Bazli. Bukan tak pernah tgk beliau ni berlakon, tapi kali ni terkesan pulak hehe sampai terminat uolls..
Mmg ramai yang bengang ending Dejavu sebab vote memihak kepada #teambazli... i loike bazli menang..hehehe..biasala i dont loike hero menang..lagipun Aqasha kan?? ehh..
kasi can la ending unpredictable sket.. lagipun Bazli dlm DDK ni teramatlah gentleman, soft spoken, sweet, caring & loving gitewwww... aduyaiiii cair mak..!
 


tak sabar pulak next drama gandingan Bazli dan Neelofa plak.. fuhhh..mesti cun abis!!! kepada penyokong Ammar, BERSABARLAH....hahaha

Wordless friday

Wordless friday lah sangattttt.. Kita layannn budak tecik tomel ni.. Arr..tak sabar nak balik pelok ciom nyeeeee!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lip Ice perisa Coca Cola

Seronoknya.mcm budak-budak dpt aiskrim pulak. Hari ni dpt gift pelembab bibir pelbagai perisa. Ade perisa Coke,Vanila Coke,Sprite,Fanta Oren,Fanta Grape dan Fanta Anggur. Of coz I amik Vanilla Coke! My fav tu. Yg lain-lain tu nak bagi anak sedara pulak. Lip smacker ni mmg original rasa dan bau air-air tersebut. Nasib posa tak batal hehe. Tu la dah fefeeling raya bau air tin sana-sini. Heppp! X boleh air manis over sgt. Sikit-sikit takper..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 2, 2012

BF journey still on,walaupun...

Hari ni xde kerja tanpa melepas peluang sy join dgr forum dan majlis pelancaran Mggu Penyusuan Susu Ibu peringkat kebangsaan. Sy dah tak exclusive BF atas beberapa sbb yg biasa dihadapi.biarlah rahsia huhu sedih. Wpun dah mix, sy totap direct feeding bila kat rumah. mungkin dah terbiasa dgn jam biologi sendiri, bila petang-mlm mmg akan adanya breastmilk dgn sendiri.especially nak subuh.best gile direct feed. Soothing jer rasa. kat ofis mmg xperah.pump pun x ada! Selama ni kita DF je. Tp menjelang ptg tu jgn cakapla mmg penuh la cik B. Alhamdulillah la masih BF smp hari ni wpun mula2 dulu x yakin boleh.tambahan lagi mmg xde pump.xpenah EBM.yes I have my own reason.ramai yg tanya nape xperah? Ade ke sesaje xnak perah? I did try ok. kesukaran tu sy dah lalui masa berpantang. So sy just let it be. Alhamdulillah ada lg smp hari ni.
Hari ni kem.kesihatan buat pelancaran minggu susu ibu.bagus byk pencerahan diberi.esp bab pameran dan demo.sy x sabar nak bg sofea solid food masa 6mo nnt.mcm-mcm food sample utk baby ada. Yg dtg td siap buat jualan ape-ape yg berkaitan susu ibu. Pameran pun byk.

Sekarang nak survey pulak ttg pil perancang yg x effect susu? Kan, masih semangat lagi nak bagi anak susu ibu. Ya selain Noriday. Ok ok nak start menggoogle. Bye bye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 27, 2012

PERS: Update Week 2

Weigh in kali ke 2 utk pers2012.
Rumusan:
Tak brape memberangsangkan utk minggu pertama ni mungkin disebabkan lately ni mmg menu bazar ramadhan je so haruslah mkn byk carbs yg terdiri dari kuih muih.main course pun selalunya nasi dan ayam sbb nak share ngan my son yg suka mkn nasi ayam.huhu
Dan sehari dua ni lepas berbuka asyik dok mengunyah biskut raya.isk x raya lagi dah abis 1 balang.
Dgn rela hati sy menerima penurunan yg x seberapa mggu ini. Weekend plak dah plan berbuka dgn family.isnin la nampak gayanya start kontrol balik. All the best to me,myself and I. Target mggu dpn less 1kg lagi.atleast?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.