Friday, May 29, 2009

Teknik terbaik menimbang berat



1. Timbang berat anda dengan berpakaian lengkap selepas anda makan malam dan timbang semula pada awal pagi keesokan hari tanpa berpakaian dan sebelum makan pagi. Anda pasti akan merasa gembira apabila mendapati berat badan anda telah berkurangan dalam tempoh semalaman..

(actually, ni antara petua aullea amalkan selama ni. so far mmg berkesan. kalau naik sikit x de la kecewa sangat mcm sesetengah org cakap & lebih selamat daripada kecewa berat naik setelah sekian lama menunggu - cth: bagi yg timbang seminggu sekali, sebulan sekali... more over boleh buat graf..bila dah ada graf, boleh buat post mortem atau analisis kenapa turun kenapa naik.. siapa lagi nak kenal badan sendiri kalau bukan diri anda sendiri? hehe ajaran sesat.. scale maniac, ok ok sebenarnya x digalakkan timbang hari-hari ni yer)


2. Jangan sesekali menimbang berat badan dengan rambut yang basah. (so, pepagi lepas membuang tu la waktu yg sesuai then barula minum air masak & mandi)


3. Semasa menimbang, tanggalkan segala pakaian, termasuklah cermin mata. Jangan lupa untuk menanggalkan barang kemas terutamanya yang diperbuat daripada logam. (Lebih baik letak timbang di sebelah toilet, so boleh la pakai bikini je masa timbang ek..haha)


4. Belilah penimbang yang murah. Penimbang yang mahal sangat tepat dan akan menyebabkan anda merasa lebih tertekan. (skrg guna timbang cosway digital,timbang sulong dah arwah, mana tak nya,hari-hari pijak..2 tahun jugak berkhidmat tuu)


5. Pastikan anda pergi ke tandas terlebih dahulu. (yer..buang segala apa yg patut)


6. Timbang berat badan anda selepas memotong rambut. Berat anda mungkin akan berkurangan sehingga setengah kilo (biar betik! sape nk potong rambut pepagi buta?)


7. Hembus nafas sebelum menimbang.Berat udara boleh memberi kesan kepada berat badan sebenar anda. (erk!!!)

Satu lagi nak tambah, sebaiknya timbang pd masa yg sama. cthnya jam 6.30pg everyday @ everyweek jam yg sama..

No comments: