Friday, July 20, 2012

Selamat tinggal KPM

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu ape fungsi sebenar blog ni... nak kata buat jurnal diet pun xde pulak.. start 1,2..pastu terus hilang...alahai..malas sebenarnya nak commit.. terlalu banyak benda nak diuruskan sampai terlupa perihal blog, diet, dan lain-lain ni..

apepun, saya anggap blog ni sebagai tempat catatan perkara-perkara penting yg terjadi in my life..(if i have mood nak catat la..) ya...diet tu part of my life, so ia agak penting la jugak. cuma tahap kemalasan je yg jd penentu nak catat ke tak..

Nampaknya usaha diet seminggu dua ni sampai ke titik kepincangan apabila sehari dua ni saya disajikan dengan beberapa majlis makan-makan di ofis..dan hari ini adalah kemuncak nya apabila rakan sepejabat meraikan saya...dlm erti kata lain, Majlis Farewell buat saya sempena kenaikan pangkat dan akan bertukar ke Kementerian Kesihatan Malaysia pulak selepas ni... alhamdulillah. this is what we call "rezeki anak" ye tak..

Sesungguhnya saya amat terharu hari ini..sob sob..cuma tak tunjuk je..i will miss Kementerian Pelajaran Malaysia sbb kerja kat sini amat best!! Maklumlah kerja di HQ mana nak sama kerja di state, JPN, Pejabat Daerah dll...kat sana lebih mencabar ok! sini boleh la rilex-rilex sikit..if bosan stress ker melangkah setapak je kat Alamanda tu..sebab tu i loike banget Parcel E ni.. harap-harap lepas ni dapat kat KKM Parcel E jugak...amin..

Akhir kata sempena Ramadhan ni...Selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga kita emndapat keberkatan dari Nya.. dan sob sob...SELAMAT TINGGAL KPM. Kenangan bertugas di bidang Pentadbiran dan Sumber Manusia akan ku pahat sampai bila-bila...

gambo hiasan je

1 comment:

atty's said...

selamat berpuasa..