Monday, August 8, 2011

BONUS! setengah bulan gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

Alhamdulillah syukur...
setengah bulan gaji je walaupun..masih syukur daripada xde langsung kan? baru tadi siang soksek soksek ngan ofismate, jelous ngan kerajaan negeri selangor yg bg bonus kat kakitangan RM500. petang ni dapat news federal pun dapat..up sikit amoun dari kerajaan selangor..

begitu lah kerja dgn kerajaan, ape yg diberi banyak tu..syukur jeee..redha..dapatla menampung balik kampung raya nanti..
kalau keje swasta jgn cakap..jelous giler..standard diaorg ada yang smp 3-4 bulan gaji pun ada...rezeki masing-masing..

kerja elok-elok.. jgn asyik merungut komplen jer...

2 comments:

si tuan putri kiUt said...

heheh cincin3...:D

Ummi Ammar said...

alhamdulillah... syukur... setelah sekian lama. akhirnya..