Sunday, August 2, 2009

Review Novel Dakapan Cinta


Salam. Hari ni aullea nak review novel DAKAPAN CINTA yang baru aullea beli semalam & habis baca hari ni. so masih fresh lagi rasa diri ni pegang watak utama dlm novel ni. Paling best aullea suka kisah cinta 3 segi.. barulah feeling sikit. Dah setahun tak baca novel. sekarang time pregnant dah mula nak berangan-angan utk isi masa lapang.. sebelum tu meh aullea tepek kan sinopsis di belakang cover buku :
Aliff lelaki yang gagal menilai antara cinta sejati dan ilusi sementara. Alpa kepada ikrar janji dan sumpah setia yang pernah dilontarkan dulu. Kini Aliff hadir merayu agar Sarah kembali menerima dirinya yang pernah menggadaikan cinta suci Sarah. Mampukah Sarah membiarkan Aliff membelakangkan orang tuanya demi cinta mereka?Sarah tak mahu memaksa Aliff walaupun Aliff terpaksa tidak memaksa dirinya untuk berkahwin. tapi, keadaan telah memaksa Aliff, antara cinta dan kehendak orang tua. Dan, kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, ada baiknya kalau Sarah merelakan dirinya pergi membawa kasih dan harapan yang sekali lagi mungkin tidak kesampaian menyatukan hati mereka.
Tajuk : Dakapan Cinta
Penulis : Eny RyhannaHarga Biasa : RM20.90
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
aullea says...
* Sinopsis is more to Aliff, tapi actually lebih byk dlm kehidupan Sarah(watak utama) & sinopsis x mention psl watak ketiga iaitu Ameer yg jadi penyeri ala-ala cinta tiga segi Sarah.
*Actually dari mula baca aullea x berkenan kat Ameer ni tapi sebenarnya dia baik jugak bukan lah watak sbg perampas ke ape smp last2 boleh fikir Sarah will end up dgn Ameer ke Aliff. tambah lak cinta terhalang oleh keluarga.mmg suspen jugak lah..
* Aliff so cute, caring,romantic & gentleman giler.. berani lak tu tackle ex dia(Sarah)..hendak 1000 daya kan?smp saat akhir tak mengalah.tak ke gentleman camtuu.. best man win,ok?
* Sarah tu mahu tapi malu...hehe. geram jugak lah asyik nak deny perasaan sendiri je..kesian kat Aliff tu nasib baik dia penyabar..
*Ameer (org ketiga) mmg a nice guy smp ending story tapi..ish..selalu je muncul. Sarah pun satu, mcm xleh baca je gerak hati lelaki tu sedang nk ngorat awak.bergurau lebih2,manalah Aliff x jelous..(hehe,aullea lak geram)
*Paling best bab romantik Aliff & Sarah..hehe malu-malu pulak dorang nih..
*Apepun, aullea setuju yg ibu Aliff mmg ibu yang paling kejam kat Malaysia.
*OVERALL, aullea mmg satisfied dgn novel ni. kiranya masuk taste aullea lah.. thumb's up :)

7 comments:

Lady of Leisure said...

dah lama lady tak tinggalkan kegiatan membaca novel ni, bila baca review aullea ni rasa cam nak start balik beli novel...
best kan layan novel, kalau ada part lucu n romantik, sengih sensorang hehe..

aullea said...

hehe. betol tu. terlebih feel lak. aullea dah setahun x beli novel. tetiba jer start balik nih.. best tau. kisah cinta ni.. terpikat betul kat aliff hehehe..see..terbawak2 dah..

Lady of Leisure said...

hehe betull.. kalau baca novel kan lady slalu perasa jadi watak utama.. wakaka..
menjiwai betul..
:P

Cikgu Yus said...

bagusla lea..time peknen nie bykkan membaca. mcm best je citer tu..last skali si sara tu pilih sapo?

aullea said...

hehe. best jugak. byk mainan perasaan. dorang dah mcm couple balik tp sarah denyyyyyy je perasaan dia smp ke sudah. aullea lak geram. nasib baik aliff penyabar. dah la ameer muncul lak. ala k.yus..ending mestilah happy ending... dgn hero la.. hehe

farahtaufik said...

aullea..farah dah wat chat box..hehehehe..nanti senang jmeput borak ye..aullea punye chat box farah tk leh masuk sbb kena block..hhehe

rynn2506 said...

aullea,
dulu kite pon penggemar novel..igt nak teruskan hobi tu di alam preg ni tp x kesampaian plak sbb most of the time tgok tv baru sekerat jln dah lelap.....heheh..
tp kan dulu² kalo tgh rajin lyn novel ni kan...kite pon selalu pasan jd heroin dlm citer tu...heheh...kira² feel gitu....!!

anyway, nice novel..tp selalunye kite memilih novel dr alaf 21 sbb bahasanya x berat sgt n mudah difahami...