Sunday, July 26, 2009

Jom Review Buku Kehamilan

Salam Wiken.

Semalam aullea dan hby gi spend time shopping pre-raya.. sempat gi sogo,pkns shah alam & jalan tar smp ke malam... huhu..larat nye mummy ni berjalan. semalam jugak aullea buat hair cut baru. potong pendek sikit paras bahu & buat rambut depan mcm china doll pulak.bajet comel la sgt..hahaha..bukan ape..dah peknen ni rimas pulak rambut panjang.. :)

Nak share semalam aullea beli 2 buah buku terbitan Karangkraf nie.. bila dah beli 2 buku nie mmg dah complete info dari A-Z everything berkenaan alam kehamilan..selain Buku Rahsia Wanita & Buku Panduan Wanita Hamil serta Amalannya, buku Karangkraf nie dah melengkapkan rujukan aullea. so lepas ni dah xyah beli buku-buku lagi dah..
Meh review sikit....


Buku #1 : 40 Minggu nan Indah

Antara topik penting dan menarik yang disentuh ialah Kaedah Merawat Kesuburan; Persenyawaan; Pengesahan Kehamilan; Morning Sickness; Masalah Kehamilan; Seks Sewaktu Hamil; Pilihan Untuk Bersalin; Persiapan Akhir; Komplikasi Ketika Bersalin; Diet Lepas Bersalin; dan Kembali Langsing Selepas Bersalin. Buku ini turut mengandungi panduan tentang Penyusuan dan Penjagaan Payu Dara. Yang lebih istimewa buku ini turut menyediakan Diari Kehamilan Saya khas untuk ibu-ibu yang ingin mengabadikan kehamilan mereka dalam bentuk catatan dan potret.
Yup, best nye ada diary utk setiap minggu. Detail tentang setiap trimester serta persediaan awal selepas bersalin. paling menarik buku-buku ni kaya dengan gambar bewarna warni..mmg syok baca..


Buku #2 : Sedia Melangkah ke Alam Baru
Kesinambungan buku #1, Karangkraf terbitkan satu lagi buku tentang kehamilan,kali ini lebih detail tentang Persediaan kehamilan, Proses Kehamilan, Masalah-masalh berkaitan sehingga Saat-saat bersalin.. malah gambar di bilik bedah untuk kes ceaserian section pun diselitkan jugak dlm buku nie..
Paling menarik pada aullea, buku ni menceritakan dengan detail bagaimana proses kehamilan berlaku dari perjalanan berliku-liku sperma akhirnya berjaya menembusi cengkerang ovum dan berkembang menjadi satu kehidupan.. subhanallah. spechless bila memikirkan semula kejadian tuhan nie..Buku ni jugak lengkap dengan menu dan pemakanan serta senaman bagi wanita mengandung sebab tu aullea rasa kedua-dua buku nie dah lengkap sebagai rujukan wanita yg berbadan dua.
Hehe,yang syok tu dua-dua buku ni harga RM21 aje..


1 comment:

wina said...

welcome to this new world aullea! its really a wonderful journey..trust me :-)